Monday 26 December 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Friday 2 December 2011

Sayang Mak


Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .


Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Pertemuan Kerana Allah


Teman..
pertemuan antara kita,
tidak pernah dirancang,
tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
yang mengetahui suara hati antara kita,
yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
apatah lagi kekesalan di hati ini,
malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
kerana dengannya,
terjalinlah sebuah persahabatan...
terjalin nya sebuah ikatan persaudaraan..

Teman..
adakah kau selesa bersama denganku,
adakah kau akan menjauhkan diri dariku disaat aku memerlukanmu,
sengaja aku menanyakannya..
kerana aku tidak perlukan jawapan..
mungkin jika ada jawapan..tapi ia hanya sekadar jawapan untuk menghiburkan hatiku..
aku ingin sekali berdamping denganmu,
serta menepis secebis rasa maluku yg teramat..
bergurau senda seperti teman yg lain,
aku tahu teman..
aku tidak pandai bergurau senda,
membuka bicara gah sehebat ahli politik,
namun.....alangkah bahagianya hati ini jika kau memahaminya..

Salam Ma'al Hijrah 1433H


Doa Akhir Tahun
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku melakukannya di dalam keadaan dimana Engkau berupaya untuk menghukum ku, tetapi Engkau mengilhamkan kepadaku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan aku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu Ya Allah,Engkau Yang Maha Pemurah, Yang Maha Agung, dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubatku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan KemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapanku. Aku memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dam pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan aku memohon padaMu pertolongan dan perlindungan daripada nafsu aku yang banyak mendorong kepada kejahatan dan aku memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri aku kepadaMu, Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday 18 November 2011

Monday 14 November 2011

Syabab Musafir Kasih


SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan.
Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang.
Ayuh, SYABAB..!!

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Monday 17 October 2011

Uban Adalah Penyelamat!!

Tiada yang sia-sia segala yang datang dari Allah, dan uban adalah salah satunya....

Al Baihaqi membawakan sebuah pasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari Abdullah bin Umar: Rasulullah s.a.w “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban – walaupun sehelai – dalam Islam, melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahumullah – yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban – dalam kitab Sahihnya menyebut tentang “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Jadi, terimalah takdir Allah atas warna rambut kita itu. Karena takdir itu pastilah memberi hikmah yang besar bagi kita, di dunia dan juga di akhirat. Karena segala sesuatu yang terjadi atas diri kita, atas kehidupan ini, pasti ada hikmah disebaliknya. Sehingga atasnya akan terlihat hikmah dan fakta bahwa segala yang datang dari Allah tiada yang sia-sia.

Wednesday 5 October 2011

Setanggi Kalbu Harraz


Sebuah novel yg pstinya akan mmbuat pmbaca merasakan kalbu wtk utama dlm novel ini srta akan melahirkan sntuhan yg mndlm melalui cerita yg tersiratnya sebuah kegembiraan dan kesedihan..

SINOPSIS
Menghabiskan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafis dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai. Harraz dan enam sahabat mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.

Ujian Maha Hebat melanda. Antara impian dan hasrat. Orang terayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikman kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhk menyukai dan nawaitu ikhlas. Dapatkah dia menggapai impian untuk mengikut jejak ikon nasyidnya - Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhatir?

Tuesday 4 October 2011

Ujian Kehidupan


Detik demi detik berlalu tanpa menunggu,
arus kehidupan terus menghempas tidak mengenal erti belas & kasihan,
Pelbagai ranjau berduri yang telah ku harungi,
sesekali terasa resah memikirkan ujian yang akan tiba,
tidak sedikitpun akan terlepas darinya,
seringkali aku memujuk diri,
agar terus tabah & sabar menghadapinya,

Alhamdulillah..
sehingga kini aku masih teguh berdiri,
walau gelombang tidak henti-henti menghiasi,
aku tahu setiap kehidupan pasti ada cabaran yg menanti,
setiap ujian tersirat hikmah disebaliknya,
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (QS. al-Baqarah: 155-157)

Sunday 2 October 2011

Mengapa Lidah Kelu Ketika Nazak

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Tak Guna Belajar Tinggi! Kalau....


Dunia oh dunia.. Lain negeri lain bahasa..Lain negara lain bangsa..Lain orang lain perangai..Itulah D.U.N.I.A.

Pelik, pelik dan pelik. Kadang-kadang bingung di buatnya.. Ramai yang belajar tinggi/sekolah tinggi/gaji tinggi, semua tinggi la apatah lagi kalau bercerita soal agama.Memang no 1! Tapi sayang , semuanya dah bagus sebab semua tinggi tapi ada jugak sangkut yang rendah ni. Apa yang rendah?

Malas..
Yang rendah bukannya IQ atau EQ tapi sikap malas tolong ibu dan ayah! Itulah penyakit yang menimpa sekarang ni bagi golongan bijak pandai ni. Baca buku no1, research internet no1, tengok cerita kat astro/tv no.1, banyak la no1 kalau nak sebut tapi bab tolong ibu ayah no 10000..Ingatan untuk diri juga..

Kadang-kadang terfikir juga tentang golongan cerdik pandai ni. Cerita agama memang hebat, hadis dan al quran memang tahu keseluruhannya. Kalau dengar berkaitan agama tak ckup dgn plhan kena kuat kan volume. Hukum hakam memang cerdik tapi masya Allah.. Tahu saja tapi tak praktik, bagi ana ianya tak ada guna. Dalam hadis dan al quran ada sebut,tolong ibu ayah berkat dunia dan akhirat.Ibarat semua orang tahu solat tu tiang agama tapi kalau tak solat tak guna juga!!

Susah
Belajar tinggi, gaji tinggi, pangkat tinggi.. Kalau kehidupan masih lagi rasa susah dan sempit dari apa bentuk segi sekalipun, tak guna jugak. Apa kata tolong ibu ayah, ringankan beban. Mungkin susah sebab tak dapat berkat dari ibu ayah.. Mulut ibu ayah memang cakap halal dunia akhirat apa semua tapi kalau di tambah tolong ringankan beban ibu ayah, Masya Allah.. Bukan je dapat keberkatan Ibu Ayah, malah mendapat keberkatan hidup dunia akhirat.

Alasan
Buang alasan malas untuk tolong ibu ayah kecuali kalau betul-betul letih dan penat! Kita tolong ibu ayah,orang lain akan tolong kita.Kita sayang ibu ayah, Allah akan sayangkan kita. Kita ringankan beban ibu ayah, Allah ringankan beban kita. InsyaAllah.

Bercinta Sebelum Nikah vs Bercinta Selepas Nikah



Cinta....
Masya Allah!Semua orang ingin bercinta.Lumrah manusia normal dan tidak songsang,pastinya ingin bercinta.Tidak kira la lelaki mahupun perempuan,semua ingin bercinta dan merasai bahagia.Tapi sayang,hakikatnya tiada istilah couple dalam islam.Sebenarnya cara dalam masyarakat islam sekarang dah lari dari landasan syariat yang di anjurkan islam.

Couple...
Boyfriend / Girlfried sudah menjadi trend pada masa kini dan menjadi pelik apabila seseorang tidak mempunya pasangan.Rata-rata remaja di IPT pastinya telahpun berpunya,maksud ana bercouple.Jika di tanya awak sudah berpunya?Awak ada girlfriend/boyfriend?Boleh kita berkawan?Rata-rata jawapan yang akan dapat..

Dah,saya dah ada gf/bf.
Maaf,saya dah berpunya.
Sori,tak boleh kenal awak lebih2 sebab saya hormatkan seseorang.
Dan macam2 lagi soalan dan jawapan yang akan dapat..


Risau..
Ramai yang mengeluh dan bimbang sekiranya masih tiada lagi pasangan hidup.Ramai terutamanya remaja yang mengejar dan mencari cinta sedangkan benda ni tidak perlu risau kerana segala galanya telah di tetapkan oleh Allah s.w.t..Jodoh,ajal dan maut semuanya telah di tetapkan Allah.Jangan cemari hubungan percintaan yang tidak sah ini dengan dosa dan maksiat.


Bercinta Sebelum Nikah
Cinta sebelum ada ikatan yang sah pastinya akan bermain mesej sebelum membuat sesuatu perkara dan akan bagitau semua kepada pasangan apa yang kita nak buat.Telefon pasangan siang dan malam?tengok wayang setiap minggu?makan bersama setiap hari?Di mana letaknya kemanisan di dalam sesebuah perkahwinan seandainya kita sudah menghabiskan masa bersama dengan pasangan sebelum berkahwin?Dan yang paling pelik!Ramai rakan2 yang memberi dorongan dan cemburu kerana rakannya ada pasangan yang romantik dan mengambil berat dalam percintaan.

Syukur...
Bagi orang yang tidak dapat melalui kehidupan seperti ini sepatutnya bersyukur kerana terpelihara daripada melakukan maksiat dan dosa.Terpelihara kerahsiaan yang ada dalam diri kita daripada di ketahui pasangan yang belum tentu menjadi milik kita.Jodoh kita tidak tahu dengan siapa.Adakah dengan orang yang kita benci?Adakah dengan orang jauh dari kita?Adakah orang dekat dengan kita.Semuanya sudah di tentukan Allah taala.

Bertaubat...
Bagi pasangan yang sedang 'bahagia',janganlah terlalu bangga dan selesa dengan apa yang di buat.Allah maha melihat..Jika tidak mendapat balasan sekarang,mungkin Allah akan membalas segala perbuatannya ketika di usia tua ,di kubur mahupun di akhirat.Nauzubillah..Bertaubatlah kerana Allah Maha Pengampun.

Bercinta Selepas Nikah
Yakin dan percaya,hakikatnya memang seronok! Betapa indahnya bercinta selepas kahwin. Dapat jalan bersama sama,tonton wayang,makan bersama,bermesra,honeymoon,melancong,melakukan aktiviti riadah bersama dan sebagainya tanpa rasa berdosa dan bersalah kepada Allah dan Ibu Bapa..Masya Allah..Bagi yang tak pernah alami tapi boleh bayangkan betapa indahnya kehidupan yang halal.

Tidak Larang...
Islam tidak larang untuk bercinta tetapi biarlah dengan landasan yang betul.Berkawanlah dengan biasa kerana berkawan dapat hindarkan daripada membuat maksiat.Ketika berkawan jika rasa itulah jodoh kita,masuklah minang.Semuanya ada di anjurkan dalam islam..Hebat!

Ingatlah...Lelaki baik tidak akan mudah untuk melafazkan janji-janji manis dan perempuan yang baik tidak pula mudah menyerahkan cinta..Allah Maha Pengampun.


"Cari Isteri Untuk Di Jadikan Kekasih"
BUKAN
"Cari Kekasih Untuk Di Jadikan Isteri"

Sebab Lelaki Suka Melihat Wanita




Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Firman Allah : "Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih tidak menutup aurat menurut syarak, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah .. "barangsiapa memakai pakaian yang menjolok mata,maka Allah akan memberikan kehinaan kepadanya di akhirat kelak.." (hadis riwayat Ahmad)

Kenapa Manusia Hanya Ada Sekeping Hati?



Semua orang tahu Allah mengurniakan kepada kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati kepada kita?


Ini kerana Allah taala telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA... =)

Firman Allah s.w.t : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)



Dari apa yang difahami daripada Firman Allah s.w.t ,setiap kejadian mahupun sifat dimuka bumi ini Allah menciptakan berpasang pasangan.Ada hitam & putih,susah & senang,kaya & miskin,muda & tua,hidup & mati,syurga & neraka,malam & siang.Di dalam dunia tiada pun yang hidup tanpa pasangan..


Firman Allah .s.w.t : "Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

Saturday 17 September 2011

Warkah Buat Akhi


Cintailah DIA sebelum dia.....
cinta itu adalah hadiah dr ALLAH...
namun jangan mencintai hadiah melebihi pemberi hadiah.....


ya akhi....
apa khabar dirimu hari ini???
moga dirimu tidak jemu mengukirkan senyuman....

ya akhi.....
apa khabar dengan imanmu hari ini???
aku doakan supaya ianya terus meningkat dari hari ke hari....

ya akhi....
sesungguhnya aku tidak mengenalmu....
dan tidak tahu bagaimana dengan rupa parasmu....
namun kadang-kadang aku berasa rindu akan dirimu.....
ya akhi... tiada permintaan khusus yg aku letakkan bagi dirimu.....
kerana aku tahu aku tidak layak meletakkan sebarang syarat.....
aku hanya Redha dengan kehadiranmu untuk mewarnai dan mengisi bahagian-bahagian yg lompong dalam hidupku...

ya akhi....
inginku ingatkan disini....
aku akan mencintaimu selagimana engkau mencintai tuhanmu.....
jika cintamu terhadap tuhanmu sudah tiada,,,,
maka tiadalah juga cintaku pada dirimu...

ya akhi.......
bimbinglah diriku....
agar dpt bersama-sama melangkah ke Jannah...
jaga iman...
jaga diri..
jaga akhlak mu....

ya akhi.....
inginku sampaikan isi hatiku.......
daku benci melihat lelaki-lelaki yang senang melayan wanita....
yang bertukar ganti teman wanita.....

ya akhi...
jika akhi ingin diriku memelihara hatiku...
sudah aku lakukan kerana setakat ini....
tiada siapa yg dapat mengetuk naluri hatiku...

ya akhi...
aku ingin akhi memelihara pandangan....
kerana aku tahu kehendak dirimu.....
aku juga ingin akhi menjaga bahagian hatimu untuk ku isi..
aku tidak mahu mendapat hati yang tercemar....

ya akhi...
cintailah DIA sebelum akhi mencintai diriku...
aku ingin akhi mencintaiNya melebihi segalanya...
dan aku berdoa dengan kehadiranku akan menambahkan lagi cinta akhi terhadap ALLAH...

ya akhi...
aku akan lebih mencintaimu jika engkau lebih mencintai Tuhanmu....
jaga iman ya akhi...
jaga pandangan dan hatimu...
biar nanti kita bercinta setelah diijab qabul....
agar lebih manis untuk dijalani...
dan diredhai ALLAH.... Insya ALLAH....

Tuesday 9 August 2011

Kritikan Membina Vs Kutukan


Kritikan membina
sama sekali berbeza dengan kutukan. Sebab kritikan membina itu kata-katanya disulam peringatan, nasihat berguna untuk penambahbaikan di masa akan datang. Saya percaya, jika benar cara nasihatnya, pasti akan ada yang tertawan dan menerimanya dengan hati terbuka.

Faedahnya cukup besar, di samping beroleh pahala, kita juga mampu memperteguhkan kembali renggangan tali silaturahim. Malah dapat membina ummah yang berilmu dan berakhlaq mulia.

Tidak sukar, hanya bermodalkan ayat-ayat cinta berhikmah saja.

Pesan Rasulullah SAW lagi:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Mutafaq ‘alaih)

Berpandukan pada hadis di atas, Baginda SAW memberikan kita 2 solusi berguna untuk kita.

Pertamanya: Berkata baik. Sesiapa yang suka berkata tentang kebaikan, menyeru tentang kebenaran. Ayuh, teruskan usaha murni kalian. Mungkin di sebalik kata-kata baik itu, kita beroleh pahala yang tak dijangkakan.

Keduanya: Diam, Diam lebih baik bagimu.


Kutukan
kutukan ini sebenarnya lebih bersifat kepada menjahanamkan perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, si pengutuk menggunakan senjata kutukan ini demi untuk memuaskan nafsu dan keegoaan sendiri. Bahkan dia akan berbangga sekiranya kutukannya itu menyebabkan hati musuhnya terguris dan terasa.

Itulah sebenarnya kepuasan si pengutuk. Kalau mahu fikirkan faedah, tiada langsung faedah yang diperolehi. Malah beroleh dosa percuma pula. Maka akan wujud perpecahan ketara hingga berlarutan kepada isu-isu lain. Ia tak akan terhenti, sebab dendam kesumat sentiasa menjadi keutamaan.

Saat itu, syaitan lekas memainkan peranannya untuk terus mencucuk hati pengutuk supaya jangan ada sehari tanpa mengutuk orang. Kalau boleh kutuk mengutuk ini menjadi hobi sebati hingga akhir hayat.

Melalui ‘Aisyah r.a, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: “Apakah kalian mengetahui riba yang paling besar di sisi Allah?

Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Rasulullah melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya riba yang paling besar di sisi Allah adalah menghalalkan kehormatan seorang muslim untuk dicemari. Kemudian Rasulullah membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.’ (al-Ahzab: 58)” (Hadis riwayat Abu Ya’la, al-Mundziri dan al-Haitsami berkata periwayatan hadis ini sohih)

Dan juga hadis yang berbunyi:

Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata kotor dan perbuatan keji…” (Mutafaq alaih)

Sebagai kesimpulannya, jika anda menggunakan kritikan yang membina maka orang mudah untuk menerimanya, bukanlah dengan menggunakan kutukan, tidak kiralah kita telah memperolehi tahap pendidikan yang tinggi seperti diploma/degree/master phd atau apapun kita perlulah menghormati setiap insan supaya diri kita juga dihormati oleh insan yang lain, tidak perlu berbangga dengan apa yang kita ada(pengetahuan yang lebih tinggi dari insan tersebut) kerana semua itu pinjaman oleh Allah semata. Renunglah sejenak diri kita, tidak semua orang yang sempurna..

Bonda

Tatkala semua insan sedang dibuai mimpi,
Kau kusyuk di hening malam dalam tahajjudmu,
Menunuduk dalam keikhlasan,
Menghiasi malammu yang sepi,
Tiada beban yang melingkari dirimu,
Semua kau luruhkan untuk anakmu.

Ku tahu bonda,
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku,
Dalam setiap doa yang kau panjatkan,
Senyumanmu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
Yang keluar dari lisanmu,
Mata hatimu selalu terjaga dalam diri anakmu,

Aku masih ingat bonda,
Kau selalu berkorban apa sahaja untukku,
Membiarkan kegembiraanmu untukku,
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini,
Kaulah yang telah mendidik emosi ini,
Kaulah segalanya bagi ku bonda.

Bonda,
Andai aku mampu,
Akan ku balas segenap cinta dan kasihmu,
Akan ku persembahkan secerah kilauanmu,
Sehangat dakapanmu,
Setulus kasihmu,
Sebijak nasihatmu,
Demi untukmu, bonda ku tersayang.

Monday 1 August 2011

Sembilan Mimpi yg Mendatangi Rasulullah S.A.W


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Thursday 28 July 2011

Nilai Seorang Teman


Teman..
sukar bagiku untuk meluahkan
apa yang ku pendam selama ini,
ku harap ianya tidak membebani,
nilai lah ianya dengan kesucian hati,

Teman..
hari-hari yang mendatang,
begitu sukar untuk ku hitung,
menilai sikapmu,
melihat telatahmu,
memang aku tidak pernah hiraukan perihal teman-temanku,
senyuman sahaja yang dapat ku lontarkan,
tetapi itu hanya luaran..
dalaman cuma Allah saja yang tahu,
aku sedar temanku sedang hanyut,
hanyut dibawa arus persahabatan.

Teman..
termenung aku sejenak,
lalu terlintas difikiran,
adakah semua perbuatanmu itu, sifat sebenarmu?
atau kau sengaja melakukannya,
aku tidak suka sikap berpura-pura,
aku tidak suka sikap mementingkan diri,
aku tidak suka sikap hanya mahu kesenangan,
aku cuba memahamimu teman,
mungkin kau mengalami satu peralihan usia,
aku sabar melayani kerenahmu,
aku terlalu menjaga hati teman-temanku,
sehinggakan hati dan perasaan ku terluka..

Teman…
kita terlalu leka,
dengan dunia khayalan ciptaan kita,
jangan memberi alasan kita yang terbaik,
kita tidak mampu lakukan apa saja
yang melebihi batasan…
kita manusia biasa hanya menumpang,
di bumi CiptaanNya..

Teman…
keegoan bukan lambang kemegahan,
keegoan satu lambang kebencian,
mengapa tanamkan sifat itu?
suatu hari kita akan tunduk dengan keegoan..

Teman,
bersyukur dengan apa yang kau miliki,
agar kau tidak kehilangan sesuatu yang disayangi,
tanamkan sifat merendah diri,
dan kesederhanaan,
agar hidup ditemani ketenangan.

Teman..
aku tidak mampu menggariskan jalan hidupmu..
ingatlah wahai teman,
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seseorang itu, begitulah juga dia harapkan,
sesekali jadilah teman yg mendengar dari yang hanya bercerita,
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan teman,
kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang teman..
kita selalu melihat dia tersenyum,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Teman..
di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…
di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
kita tidak tahu…
tetapi, jika kita cuba jadi teman sepertinya,
mungkin kita akan tahu..

Thursday 30 June 2011

Along & Angah

Buat kakak-kakakku..
Betapa aku merindui kelibatmu,
Begitu banyak yang telah kita lalui,
Gurauan senda mengulit gelak tawa bersama,
Disaat aku berduka kau hapuskan lara,
Disaat aku bahagia kau taburkan tawa.

Kau yang selalu tersenyum jika aku salah,
Menegur diriku dengan penuh kasih sayang,
Kau yang selalu tertawa jika aku melucu,
Mungkin engkau ingin melihatku juga terhibur,
Kau yang selalu memberi semangat setiap langkahku.

Ketabahan serta pengorbananmu sering dalam ingatanku,
Melayan kerenahku tanpa jemu,
Sesekali terasa sayu pabila teringat nya kembali,
Aku sedar,
Tidak mampu untukku mengukir bait-bait kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah kita bersama.

Kakakku sayang,
Mungkin esok tiada lagi seperti dulu,
Tiada lagi senda gurau dariku,
Hanya secebis ingatan waktu seketika bersamaku,
Serta sulaman gubahan puisi ini untukmu.

Andai dapat kau tahu,
Aku ingin bersamamu hingga ke syurga, In syaa Allah,
Walaupun aku sering menyakiti hatimu,
Dalam sedar ataupun tidak,
Ketahuilah kakakku, AKU AMAT MENYAYANGIMU..
Walaupun jarak memisahkan kita,
Tapi kau sentiasa berada difikiranku,
Berada dalam setiap bisikan doaku.

Wednesday 29 June 2011

Hargailah Orang yang Kita Miliki

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya, ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali pun. Setelah itu, bawa rumput yang paling cantik itu ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : tadi sewaktu saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke hadapan lagi. Tapi sampai di penghujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya, maknanya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu, kita patut hargai orang yang telah kita ada sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana orang yang kita dah ada itulah yang sempurna dan terbaik buat kita, kita juga perlu ingat orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun banyak lagi yang cantik dan baik di luar
sana, seperti dalam pencarian rumput yang paling cantik tadi.

Thursday 23 June 2011

Diam

Aku diam,
bukan sekadar diam,
fikiran ku ligat memikirkan gelagat insan disekeliling,
pelbagai perilaku yang dipersembah tanpa sedar,
Allahu..mengapa begitu terjadinya..
Aku diam,
bukan sekadar diam,
diamku banyak memikirkan sikap insan-insan,
ada yang suka bersama untuk kesenangan yang seketika,
berjauhan setelah menikmati kesenangan itu.
Aku diam,
hanya memerhati,
melihat insan yang suka bermegah dengan kecantikkan yang sementara,
ada yang berbangga dengan kepandaian yang semua itu hanyalah pinjaman belaka,
semuanya hanya berbangga dengan hak Allah,milik Allah..
Aku diam,
bukan tidak mahu bersenda gurau,
tapi aku takut tersalah gurau,
diam aku bukan tidak mempunyai buah fikiran,
tapi aku risau ianya tidak bernas kelak ditertawakan,
itulah lumrah setiap insan,
namun aku tahu setiap kesalahan itu permulaan bagi sebuah kejayaan.
Aku diam,
ada yang tersirat difikiran,
diam ku dalam pemikiran,
diam ku bukan bererti mengalah,
kerana diam itu lebih baik dari berbicara yang sia-sia..


Thursday 16 June 2011

Emak ku Tersayang


Mak aku merinduimu,
di saat mak jauh dari diriku,
sering aku teringat kenangan bersamamu,
kenangan yang masih utuh dan tak penah layu,
pengorbanan serta kasih sayangmu amat menyentuh hatiku.
Mak,
walaupun aku sering melukakan hatimu,
kasih dan sayang mu tetap tidak pudar melayu,
kau tetap bersamaku ketika senang mahupun berliku,
kau memberiku semangat untuk terus menjadi insan yang berilmu
tabah hadapi dugaan hidup sering menjadi pesananmu tanpa jemu.
Mak,
baru tadi kau menelefonku,
mendengar suaramu hati ku terasa sungguh sayu,
putus-putus dan serak-serak membuatkan ku bertambah pilu,
dapat ku bayangi wajah mak walaupun jauh diseberang lautan,beribu batu.
Mak,
sungguhpun telahku dengar suaramu,
namun aku masih terasakan hangatnya rindu,
aku rindu untuk,
melihat wajahmu,
merasa masakanmu,
belaian serta senda guraumu,
inginku selami selagi ada hayat ku.
Mak..aku amat menyayangi mu..

Sunday 12 June 2011

12 Barisan Manusia Di Padang Mahsyar

Pada suatu hari, Muaz bin Jabal mengadap Rasulullah s.a.w dan bertanya "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t ketika sangkakala ditiup. maka kamu sekaliandatang berbaris-baris."

Mendengar pertnyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab "Wahai Muaz, engkau bertnyakan kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing2 dgn pembawaan mereka sendiri."

Barisan pertama

Diiring dari kubur dgn tidak brtangan & berkaki. Mereka itu ialah orang yg ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka inilah balasannya.

Barisan kedua

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya.

Barisan ketiga

Diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dgn ular & kala jengking. Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya.

Barisan keempat

Diiring dari kubur dgn keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Mereka ialah orang yang berdusta dlm jual beli, maka inilah balasannya.

Barisan kelima

Diiring dari kubur dgn bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak takut kepada Allah, maka inilah balasannya.

Barisan keenam

Diiring dari kubur dgn kepala mereka terputus dari badan. Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya.

Barisan ketujuh

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah & darah. Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya.

Barisan kelapan

Diiring dari kubur dlm keadaan terbalik dgn kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya.

Barisan kesembilan

Diiring dari kubur dgn wajah yang hitam gelap & bermata biru sementara dlm diri mereka penuh dgn api gemuruh. Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dgn cara haram, maka inilah balasannya.

Barisan kesepuluh

Diiring dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak & kusta. Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya.

Barisan kesebelas

Diiring dari kubur mereka dgn berkeadaan buta, gigi memanjang seprti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada & lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran. Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya.

Barisan kedua belas

Diiring dari kubur dgn wajah yang bersinar2 laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Mereka ialah orang yang beramal soleh & byk berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka, inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih syg & keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

Tanda-Tanda Dicintai Rabbul Jalil


1) Terjaga dari pesona dunia
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.

2) Taat beragama
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."
Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.

3) Mendalami agama
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.

5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya.

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan
Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.

7) Husnul khatimah
Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia.

Saturday 11 June 2011

Wanita itu Ibarat Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
* Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
* Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
* Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
* Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
* Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
“ Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil”

Wanita

Wanita ibarat epal...
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah..,
TAPI epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak..
susah dipetik susah digapai..
Terkadang epal itu risau,
Kenapa diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah..,
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya...
hingga tiada siapa yang berani memetiknya..
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat..?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi menanti...

8 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
7. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
8. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

~~~~KERANA CINTA DAN HARAPAN~~~~

“Kau pencuri!” Ulyatul Husna tergamam melihat sekeping nota kecil bewarna hijau lembut yang terselit di dalam bukunya. Pelbagai persoalan bertandang dibenak fikiran. “Apa yang aku curi?” bisik hatinya kehairanan. Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau-kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu.... Mata yang mungkin sedang nakal melihat dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. “Biarkanlah....!” hatinya berbisik lagi. Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir tentang itu yang di rasakan gurauan semata-mata. Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam ditangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelasnya akan bermula. Setelah beberapa minit di dewan kuliah, Ulyatul Husna tersedar bahawa kerusi disebelahnya masih kosong. “Mana Syifa?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari-cari kelibat rakan sebiliknya. “Mungkin dia kurang sihat....kasihan dia tak dapat mengikuti kelas hari ni. Tapi....betulkah? kalau demam sikit-sikit tu dia tak mungkin tinggalkan kelas. Syifa bukan begitu orangnya....” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertemu. “Syifa tak datang hari ni? Errr, boleh saya duduk sini?” Lamunan Ulyatul Husna terhenti oleh sapaan `Amin al-Hadi yang tiba-tiba datang melabuhkan punggung disebelahnya tanpa diundang. Ulyatul Husna hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan. Semua pelajar sedang fokus memerhatikan pembelajaran yang diajar. “Kenapa seorang je hari ni? Mana Syifa?” tersembul pertanyaan dari mulut `Amin al-Hadi sedangkan pensyarahnya lantang memberikan kuliah. Seolah-olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Ulyatul Husna terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram... Astaghfirullah.... “Maafkan saya saudara. Kita di dewan kuliah sekarang ni!” Ulyatul Husna bernada agak tegas tanpa menjeling sedikit pun pada `Amin al-Hadi apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang untuk `Amin al-Hadi. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian membakar semangat `Amin al-Hadi memenangi hati gadis tersebut. Selesai kuliah, Ulyatul Husna berasa kesal kerana dia lebih banyak berkhayal dari mendengar kuliah. “Astaghfirullahalazim.....apa yang aku dapat hari ni?” Spontan dia berkata begitu sehingga `Amin al-Hadi terpandang. `Amin al-Hadi memberanikan diri bertanya. “Kenapa Husna?” “Errrr....tak da apa!” Ulyatul Husna cepat-cepat berdalih dan menyibukkan diri mengemas buku di mejanya. “Saya tahu awak tak salin apa-apa tadikan?awk fikirkan sesuatu ye?!” `Amin al-Hadi menduga. Ulyatul Husna bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
Dalam perjalanan ke bilik, dari tangga lagi, lagu kesukaan Syifa sudah kedengaran kuat sekali. Ulyatul Husna menggelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya. Ulyatul Husna menduga Syifa ada di bilik. “Syifa...Husna balik ni..!” pintu yang tidak berkunci dibuka perlahan-lahan, didapatinya Syifa sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan di atas kepala. Serentak itu Syifa terjaga dari lenanya yang mungkin tidur-tidur ayam sahaja. “Eh, Husna dah balik rupanya...” Syifa berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Ulyatul Husna mengukir senyuman. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Syifa. Tangannya merasa dahi Syifa. “Tak panas pun!” kata Ulyatul Husna perlahan. “Sejak bila pula saya demam?” balas Syifa bersahaja. “ Habis tu kenapa tak datang kuliah pagi ni?” tanya Ulyatul Husna pula. “Errr.....topik baru ke hari ni?” Syifa cuba mengalih perbualan. “Syifa.....saya Tanya ni..!” Ulyatul Husna memujuk lembut. “tak ada apa-apa........Betul!” Syifa masih membuat aksi selamba. “Habis tu, pagi tadi awak bersiap-siap bukan untuk ke kuliah?” Ulyatul Husna masih tidak berpuas hati dengan jawapan Syifa. “Saya pergi membeli coklat 10 paket untuk menghilangkan tekanan,”jelas Syifa berterus terang. “Kalau tak percaya tengok dalam basket tu, penuh plastik coklat!” “Hilangkan tekanan dengan coklat??? Syifa yang saya kenali suka menatap al-Quran bila ada masalah,” getus Ulyatul Husna masih curiga. Syifa tidak mahu memberitahu sebab tekanannya... Ulyatul Husna memahami lalu pergi berehat..
Pada malam itu, Ulyatul Husna pergi ke perpustakaan. Setelah selesai mencari buku yang diingininya, dia melabuhkan punggungnya di kerusi untuk meneruskan kerjanya. Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!! Nota misteri berwarna hijau lembut itu hadir lagi dan kali ini dalam fail nya pula. Ketika itu malam masih muda. Ulyatul Husna sedang sibuk menyiapkan assignment. Dia menjadi bingung dan cuba mengingat-ingat apa yang dilakukan hingga digelar pencuri. Fikirannya buntu. “Berani kerana benar apa yang perlu aku takutkan..mungkin ada yang sengaja ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarkanlah dia...nanti bila rasa penat buat kerja tidak berfaedah ni, tahulah berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya,” hatinya memujuk serta meneruskan kerja-kerja yang masih banyak. Tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara Syifa yang amat dikenali itu sambil wajahnya diangkat sedikit. “Saya tak kira, malam ni saya nak kacau awak....” kata Syifa. “Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main liat lagi bila saya ajak ke sini,” sindir Ulyatul Husna, bergurau. “Tak adalah...sebenarnya, saya tengah gembira ini, tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi dengan awak,”luah Syifa penuh ceria. “Betul? Ish, ish, ish comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Ok, ceritalah....boleh saya tumpang gembira sekali,” balas Ulyatul Husna. “Lihat  ni!” Syifa menunjukkan buku nota bewarna hijau lembut. Ulyatul Husna mencapai buku itu, rupa-rupanya buku kepunyaan `Amin al-Hadi, apabila dia mendapati ada nama pemuda tersebut pada buku itu. “Kenapa awak riang sangat dengan buku ini?” Ulyatul Husna kehairanan. “Saya cakap kat `Amin nota saya tidak lengkap, terus ditawarkan notanya.  Setelah itu, saya cakap belum dinner lagi padanya dan memujuk dia menemani saya makan. Dia begitu baik sekali. “Kenapa awak tidak pinjam dari saya sahaja? Duga Ulyatul Husna. “Alah.....bukan saya perlukan sangat nota itu, saya sengaja cari peluang mengenali hati budinya. Baik sungguh dia Husna,” terang Syifa. “Astaghfirullahalazim.. Syifa..kalau inilah niat awak, malam ni juga awak perlu pulangkan nota ni,” sambil nota hijau itu diletakkan dihadapan Syifa. “Hari ini bertukar-tukar nota dan makan-makan, Esok...mungkin keluar berdua-duaan pula untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan,” nada Ulyatul Husna agak tegas dan emosi. Air muka Syifa berubah. Husna menyedarinya “maafkan saya kalau terkasar,” Ulyatul Husna memujuk kembali... “Saya Cuma memberi peringatan sebelum tersasar kerana saya sayangkan awak. Apa yang saya cuba sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang faham...,” keluh Ulyatul Husna berbaur hampa. “Memang....memang saya tak faham dan tidak mahu faham. Kehadiran awak sebenarnya untuk merampas sesiapa sahaja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas! Pencuri! Jgn rampas `Amin al-Hadi dari saya....” Syifa bingkas bangun dari kerusi, buku nota bewarna hijau itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan. Dia kesal, semakin direnung-renung buku hijau tadi, persoalan lain pula yang bertandang dimindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu, “warna yang sama!” bisik hatinya. Tangannya terus mencapai nota hijau yang masih terselit di dalam failnya. Dia cuba membandingkan warnanya. Ternyata sama. Lagipun `Amin al-Hadi gemar memakai baju bewarna hijau lembut ke kuliah. Mungkin warna kegemarannya, dia mengesyaki sesuatu. “Kalau `Amin al-Hadi, mengapa berbuat begitu?” Namun dia tidak mahu menuduh sembarangan. Terngiang-ngiang di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang Syifa tuturkan. “Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?”. Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Syifa dibebani pula dengan persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih minta diberikan kekuatan. Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Syifa supaya tidak berlaratan. “Ya Allah..., kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...”
Ulyatul Husna pulang ke bilik. Setibanya Ulyatul Husna dibilik, dia mendapati ada sekeping nota berwarna hijau lembut di atas katilnya, yang bertulis.. “Husna, saya minta maaf atas apa yang berlaku izinkan saya balik ke Kajang untuk menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya akan kembali. Maafkan saya...” Kehadiran nota itu benar-benar menenangkannya. Pada malam itu, Ulyatul Husna hanya memakan keropok bagi mengalas perutnya yang kosong. Pada keesokan harinya. Kuliah pada pagi itu, awal-awal lagi Ulyatul Husna mengajak Maisara duduk di sebelahnya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum `Amin al-Hadi mengambil kesempatan duduk disebelahnya kerana Syifa tak datang. Untuk kali ini, nota berwarna hijau lembut hadir lagi dalam buku yang dibawanya. “Wahai pencuri, saya bertali leher hijau di cyber cafe Kajang pada pukul 5.00 petang ini, ayuh kita buat perhitungan!” Lantas Ulyatul Husna memandang `Amin al-Hadi yang berada dibelakangnya lantas memberikan nota itu kepada nya. `Amin al-Hadi yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga membaca nota itu dan tersenyum sendirian.
Pada petang itu......
“Kenapa bertali leher hitam? Kemeja pula merah jambu....” Bisik hati Ulyatul Husna tatkala melihat `Amin al-Hadi yang sedang tercari-cari di pintu cyber cafe. Langkahnya tersusun menuju ke Husna. Husna menyindir `Amin al-Hadi kenapa tidak memakai tali leher hijau, `Amin kehairanan. Selesai pertemuan itu, Husna pantas berlalu dari situ. `Amin al-Hadi masih dalam kehairanan melihat gelagat Husna ketika itu. Tiba-tiba badannya dirempuh oleh seorang pemuda bertali leher hijau yang berlari tergesa-gesa seperti mengejar seseorang. Sesampai Ulyatul Husna dibilik, dia tidak seperti selalu, pada malam itu dia hanya duduk di dalam bilik sahaja. Dia teringatkan peristiwa di cyber cafe tadi. Hatinya puas dan berharap agar `Amin al-Hadi tidak mengganggunya lagi. Tetapi, dia masih terfikir tentang bagaimana nota tersebut berada dalam bukunya. Hatinya tiba-tiba dilanda serba salah kerana membuat tindakan yang terburu-buru terhadap `Amin al-Hadi. Segalanya didasari perasaan geram yang meluap-luap. Dia beristighfar menghitung dirinya. Hatinya terus berdialog sendiri. Tiba-tiba suatu suara halus mengejutkannya dari lamunan....suara Syifa tak asing lagi. Dia bingkas berlari membuka pintu dengan senyuman yang manis terukir. Menyambut kepulangan Syifa. Salam dihulur dan mereka saling berpelukan. Mereka bergurau senda. Dalam pada itu, mata Syifa melirik pada helaian-helaian nota berwarna hijau lembut dalam genggaman Ulyatul Husna. “Nota apa tu?” Syifa ingin tahu serta mancapai nota-nota itu. Entahlah Syifa....nota-nota ini sering mengganggu saya akhir-akhir ini. Serentak dengan itu, Syifa tiba-tiba bangun dari katilnya dan mendapatkan handbeg yang baru sebentar tadi diletakkan di atas maja study. Dia mencari-cari sesuatu, Syifa mengeluarkan sekeping nota berwarna hijau dari handbegnya dan nota itu diselitkan dalam salah satu fail kepunyaan Ulyatul Husna yang disendengkan di dinding lalu fail itu diberikan kepada Husna. Nota berwarna hijau itu ditatapnya, yang bertulis wahai pencuri, kau mungkin telah ke cyber cafe....namun tuntutan saya masih belum terlaksana. Masakan tidak, si perompak pula yang kau temui...not me!! Nota itu benar-benar menyentak naluri Husna. “Apa semua ni?” “Husna, maafkan saya!” ungkapnya perlahan. “Husna, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat tentang nota tu, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan dari awak..” 017-7654321. Ulyatul Husna mendail nombor itu. Pada mulanya Husna takut setelah itu dia berasa lebih berani kerana ingin mengetahui perkara sebenar. Lelaki itu berkata “Ulyatul Husna...biarlah dengan peluang ini saya berterus terang, sejak pandangan pertama lagi awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya langsung tidak boleh melupakan awak.” Suara itu langsung tak mahu berselindung sesuatu. Beristighfar panjang Ulyatul Husna mendengar kata-kata itu. Butang end ditekan tiba-tiba untuk mengakhiri perbualan itu. Susulan daripada itu, beberapa kali handsetnya berirama tetapi dibiarkan sahaja. Dia sedih kerana dirinya telah melalaikan hidup seorang lelaki. Syifa menjelaskan seterusnya “lelaki itu Muhammad Ammar Mukhlis namanya. Dia siswa tahun akhir jurusan Medic, jiran saya....dialah menyuruh saya selitkan nota-nota ni dalam buku awak.” Telefon bimbit Husna berirama lagi dia segera memilih profile senyap. “Tapi kenapa awak lakukannya?” protes Ulyatul Husna. Syifa menjawab, “Kerana cinta dan harapan.” 
                          

Wednesday 9 March 2011

Tasbih Kaffarah

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner