Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Makna Surah al-Fatihah

Memudahkan kita untuk memahami makna surah al-Fatihah,ianya terselit doa yang sungguh bererti..juga boleh mengukir rasa keinsafan serta terbitnya perasaan hiba..Hayatilah..

Friday, 2 December 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H


Doa Akhir Tahun
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku melakukannya di dalam keadaan dimana Engkau berupaya untuk menghukum ku, tetapi Engkau mengilhamkan kepadaku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan aku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu Ya Allah,Engkau Yang Maha Pemurah, Yang Maha Agung, dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubatku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan KemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapanku. Aku memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dam pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan aku memohon padaMu pertolongan dan perlindungan daripada nafsu aku yang banyak mendorong kepada kejahatan dan aku memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri aku kepadaMu, Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday, 14 November 2011

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Saturday, 11 June 2011

8 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
6. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
7. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
8. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Wednesday, 9 March 2011

Tasbih Kaffarah

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner