Friday 2 December 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H


Doa Akhir Tahun
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku melakukannya di dalam keadaan dimana Engkau berupaya untuk menghukum ku, tetapi Engkau mengilhamkan kepadaku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan aku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu Ya Allah,Engkau Yang Maha Pemurah, Yang Maha Agung, dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubatku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kesejahteraan ke atas mereka. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan KemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapanku. Aku memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dam pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan aku memohon padaMu pertolongan dan perlindungan daripada nafsu aku yang banyak mendorong kepada kejahatan dan aku memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri aku kepadaMu, Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner