Saturday 6 December 2014

Allah Ada~~

Sebenarnya ada waktu
kita tak boleh nak harap orang capai tangan kita, sambut kita, raih bahu kita.
Sebab ada waktu orang susah nak faham kita, dengar cerita kita dan luangkan masa untuk kita.
Jadi, memang banyak waktu kita patut belajar tepuk bahu sendiri, pujuk hati sendiri, kuat kan semangat sendiri dengan cakap 'Allah ada. Allah ada'. Allah sentiasa ada..


Friday 5 December 2014

Segenggam Sabar

Sesungguhnya jika kita bergantung dan bersandar padaNYA, kita tidak akan pernah jumpa perkataan kecewa dan yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap aturanNYA semuanya indah pada waktunya, untuk itu bersabarlah duhai hati. 

(Tagline salah seorang peserta Pencetus Ummah 2

"Disebalik sesuatu ada sesuatu, REDHA, SANGKA BAIK"


Jom hayati lirik lagu Nasyid ni :)

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya



I believe that no matter what adversities I face in this world,
I should stay strong and keep smiling because I know that there is something beautiful hiding behind those adversity bushes.
I might not see it yet, but that doesn't mean it is not there.

Tuesday 2 December 2014

Tersembunyi

Dia tersenyum 
seperti dia tiada masalah.
Tapi,
dalam senyumannya,
hanya Allah yang tahu apa yang dia rasa.

Seberat apa pun ujian,
Sebesar apa pun dugaan,
Tersenyumlah.
"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" [Al-Insyirah:5-6] 
 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner