“Kau pencuri!” Ulyatul Husna tergamam melihat sekeping nota kecil bewarna hijau lembut yang terselit di dalam bukunya. Pelbagai persoalan bertandang dibenak fikiran. “Apa yang aku curi?” bisik hatinya kehairanan. Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau-kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu.... Mata yang mungkin sedang nakal melihat dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. “Biarkanlah....!” hatinya berbisik lagi. Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir tentang itu yang di rasakan gurauan semata-mata. Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam ditangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelasnya akan bermula. Setelah beberapa minit di dewan kuliah, Ulyatul Husna tersedar bahawa kerusi disebelahnya masih kosong. “Mana Syifa?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari-cari kelibat rakan sebiliknya. “Mungkin dia kurang sihat....kasihan dia tak dapat mengikuti kelas hari ni. Tapi....betulkah? kalau demam sikit-sikit tu dia tak mungkin tinggalkan kelas. Syifa bukan begitu orangnya....” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertemu. “Syifa tak datang hari ni? Errr, boleh saya duduk sini?” Lamunan Ulyatul Husna terhenti oleh sapaan `Amin al-Hadi yang tiba-tiba datang melabuhkan punggung disebelahnya tanpa diundang. Ulyatul Husna hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan. Semua pelajar sedang fokus memerhatikan pembelajaran yang diajar. “Kenapa seorang je hari ni? Mana Syifa?” tersembul pertanyaan dari mulut `Amin al-Hadi sedangkan pensyarahnya lantang memberikan kuliah. Seolah-olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Ulyatul Husna terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram... Astaghfirullah.... “Maafkan saya saudara. Kita di dewan kuliah sekarang ni!” Ulyatul Husna bernada agak tegas tanpa menjeling sedikit pun pada `Amin al-Hadi apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang untuk `Amin al-Hadi. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian membakar semangat `Amin al-Hadi memenangi hati gadis tersebut. Selesai kuliah, Ulyatul Husna berasa kesal kerana dia lebih banyak berkhayal dari mendengar kuliah. “Astaghfirullahalazim.....apa yang aku dapat hari ni?” Spontan dia berkata begitu sehingga `Amin al-Hadi terpandang. `Amin al-Hadi memberanikan diri bertanya. “Kenapa Husna?” “Errrr....tak da apa!” Ulyatul Husna cepat-cepat berdalih dan menyibukkan diri mengemas buku di mejanya. “Saya tahu awak tak salin apa-apa tadikan?awk fikirkan sesuatu ye?!” `Amin al-Hadi menduga. Ulyatul Husna bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
Dalam perjalanan ke bilik, dari tangga lagi, lagu kesukaan Syifa sudah kedengaran kuat sekali. Ulyatul Husna menggelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya. Ulyatul Husna menduga Syifa ada di bilik. “Syifa...Husna balik ni..!” pintu yang tidak berkunci dibuka perlahan-lahan, didapatinya Syifa sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan di atas kepala. Serentak itu Syifa terjaga dari lenanya yang mungkin tidur-tidur ayam sahaja. “Eh, Husna dah balik rupanya...” Syifa berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Ulyatul Husna mengukir senyuman. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Syifa. Tangannya merasa dahi Syifa. “Tak panas pun!” kata Ulyatul Husna perlahan. “Sejak bila pula saya demam?” balas Syifa bersahaja. “ Habis tu kenapa tak datang kuliah pagi ni?” tanya Ulyatul Husna pula. “Errr.....topik baru ke hari ni?” Syifa cuba mengalih perbualan. “Syifa.....saya Tanya ni..!” Ulyatul Husna memujuk lembut. “tak ada apa-apa........Betul!” Syifa masih membuat aksi selamba. “Habis tu, pagi tadi awak bersiap-siap bukan untuk ke kuliah?” Ulyatul Husna masih tidak berpuas hati dengan jawapan Syifa. “Saya pergi membeli coklat 10 paket untuk menghilangkan tekanan,”jelas Syifa berterus terang. “Kalau tak percaya tengok dalam basket tu, penuh plastik coklat!” “Hilangkan tekanan dengan coklat??? Syifa yang saya kenali suka menatap al-Quran bila ada masalah,” getus Ulyatul Husna masih curiga. Syifa tidak mahu memberitahu sebab tekanannya... Ulyatul Husna memahami lalu pergi berehat..
Pada malam itu, Ulyatul Husna pergi ke perpustakaan. Setelah selesai mencari buku yang diingininya, dia melabuhkan punggungnya di kerusi untuk meneruskan kerjanya. Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!! Nota misteri berwarna hijau lembut itu hadir lagi dan kali ini dalam fail nya pula. Ketika itu malam masih muda. Ulyatul Husna sedang sibuk menyiapkan assignment. Dia menjadi bingung dan cuba mengingat-ingat apa yang dilakukan hingga digelar pencuri. Fikirannya buntu. “Berani kerana benar apa yang perlu aku takutkan..mungkin ada yang sengaja ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarkanlah dia...nanti bila rasa penat buat kerja tidak berfaedah ni, tahulah berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya,” hatinya memujuk serta meneruskan kerja-kerja yang masih banyak. Tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara Syifa yang amat dikenali itu sambil wajahnya diangkat sedikit. “Saya tak kira, malam ni saya nak kacau awak....” kata Syifa. “Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main liat lagi bila saya ajak ke sini,” sindir Ulyatul Husna, bergurau. “Tak adalah...sebenarnya, saya tengah gembira ini, tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi dengan awak,”luah Syifa penuh ceria. “Betul? Ish, ish, ish comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Ok, ceritalah....boleh saya tumpang gembira sekali,” balas Ulyatul Husna. “Lihat ni!” Syifa menunjukkan buku nota bewarna hijau lembut. Ulyatul Husna mencapai buku itu, rupa-rupanya buku kepunyaan `Amin al-Hadi, apabila dia mendapati ada nama pemuda tersebut pada buku itu. “Kenapa awak riang sangat dengan buku ini?” Ulyatul Husna kehairanan. “Saya cakap kat `Amin nota saya tidak lengkap, terus ditawarkan notanya. Setelah itu, saya cakap belum dinner lagi padanya dan memujuk dia menemani saya makan. Dia begitu baik sekali. “Kenapa awak tidak pinjam dari saya sahaja? Duga Ulyatul Husna. “Alah.....bukan saya perlukan sangat nota itu, saya sengaja cari peluang mengenali hati budinya. Baik sungguh dia Husna,” terang Syifa. “Astaghfirullahalazim.. Syifa..kalau inilah niat awak, malam ni juga awak perlu pulangkan nota ni,” sambil nota hijau itu diletakkan dihadapan Syifa. “Hari ini bertukar-tukar nota dan makan-makan, Esok...mungkin keluar berdua-duaan pula untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan,” nada Ulyatul Husna agak tegas dan emosi. Air muka Syifa berubah. Husna menyedarinya “maafkan saya kalau terkasar,” Ulyatul Husna memujuk kembali... “Saya Cuma memberi peringatan sebelum tersasar kerana saya sayangkan awak. Apa yang saya cuba sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang faham...,” keluh Ulyatul Husna berbaur hampa. “Memang....memang saya tak faham dan tidak mahu faham. Kehadiran awak sebenarnya untuk merampas sesiapa sahaja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas! Pencuri! Jgn rampas `Amin al-Hadi dari saya....” Syifa bingkas bangun dari kerusi, buku nota bewarna hijau itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan. Dia kesal, semakin direnung-renung buku hijau tadi, persoalan lain pula yang bertandang dimindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu, “warna yang sama!” bisik hatinya. Tangannya terus mencapai nota hijau yang masih terselit di dalam failnya. Dia cuba membandingkan warnanya. Ternyata sama. Lagipun `Amin al-Hadi gemar memakai baju bewarna hijau lembut ke kuliah. Mungkin warna kegemarannya, dia mengesyaki sesuatu. “Kalau `Amin al-Hadi, mengapa berbuat begitu?” Namun dia tidak mahu menuduh sembarangan. Terngiang-ngiang di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang Syifa tuturkan. “Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?”. Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Syifa dibebani pula dengan persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih minta diberikan kekuatan. Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Syifa supaya tidak berlaratan. “Ya Allah..., kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...”
Ulyatul Husna pulang ke bilik. Setibanya Ulyatul Husna dibilik, dia mendapati ada sekeping nota berwarna hijau lembut di atas katilnya, yang bertulis.. “Husna, saya minta maaf atas apa yang berlaku izinkan saya balik ke Kajang untuk menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya akan kembali. Maafkan saya...” Kehadiran nota itu benar-benar menenangkannya. Pada malam itu, Ulyatul Husna hanya memakan keropok bagi mengalas perutnya yang kosong. Pada keesokan harinya. Kuliah pada pagi itu, awal-awal lagi Ulyatul Husna mengajak Maisara duduk di sebelahnya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum `Amin al-Hadi mengambil kesempatan duduk disebelahnya kerana Syifa tak datang. Untuk kali ini, nota berwarna hijau lembut hadir lagi dalam buku yang dibawanya. “Wahai pencuri, saya bertali leher hijau di cyber cafe Kajang pada pukul 5.00 petang ini, ayuh kita buat perhitungan!” Lantas Ulyatul Husna memandang `Amin al-Hadi yang berada dibelakangnya lantas memberikan nota itu kepada nya. `Amin al-Hadi yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga membaca nota itu dan tersenyum sendirian.
Pada petang itu......
“Kenapa bertali leher hitam? Kemeja pula merah jambu....” Bisik hati Ulyatul Husna tatkala melihat `Amin al-Hadi yang sedang tercari-cari di pintu cyber cafe. Langkahnya tersusun menuju ke Husna. Husna menyindir `Amin al-Hadi kenapa tidak memakai tali leher hijau, `Amin kehairanan. Selesai pertemuan itu, Husna pantas berlalu dari situ. `Amin al-Hadi masih dalam kehairanan melihat gelagat Husna ketika itu. Tiba-tiba badannya dirempuh oleh seorang pemuda bertali leher hijau yang berlari tergesa-gesa seperti mengejar seseorang. Sesampai Ulyatul Husna dibilik, dia tidak seperti selalu, pada malam itu dia hanya duduk di dalam bilik sahaja. Dia teringatkan peristiwa di cyber cafe tadi. Hatinya puas dan berharap agar `Amin al-Hadi tidak mengganggunya lagi. Tetapi, dia masih terfikir tentang bagaimana nota tersebut berada dalam bukunya. Hatinya tiba-tiba dilanda serba salah kerana membuat tindakan yang terburu-buru terhadap `Amin al-Hadi. Segalanya didasari perasaan geram yang meluap-luap. Dia beristighfar menghitung dirinya. Hatinya terus berdialog sendiri. Tiba-tiba suatu suara halus mengejutkannya dari lamunan....suara Syifa tak asing lagi. Dia bingkas berlari membuka pintu dengan senyuman yang manis terukir. Menyambut kepulangan Syifa. Salam dihulur dan mereka saling berpelukan. Mereka bergurau senda. Dalam pada itu, mata Syifa melirik pada helaian-helaian nota berwarna hijau lembut dalam genggaman Ulyatul Husna. “Nota apa tu?” Syifa ingin tahu serta mancapai nota-nota itu. Entahlah Syifa....nota-nota ini sering mengganggu saya akhir-akhir ini. Serentak dengan itu, Syifa tiba-tiba bangun dari katilnya dan mendapatkan handbeg yang baru sebentar tadi diletakkan di atas maja study. Dia mencari-cari sesuatu, Syifa mengeluarkan sekeping nota berwarna hijau dari handbegnya dan nota itu diselitkan dalam salah satu fail kepunyaan Ulyatul Husna yang disendengkan di dinding lalu fail itu diberikan kepada Husna. Nota berwarna hijau itu ditatapnya, yang bertulis wahai pencuri, kau mungkin telah ke cyber cafe....namun tuntutan saya masih belum terlaksana. Masakan tidak, si perompak pula yang kau temui...not me!! Nota itu benar-benar menyentak naluri Husna. “Apa semua ni?” “Husna, maafkan saya!” ungkapnya perlahan. “Husna, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat tentang nota tu, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan dari awak..” 017-7654321. Ulyatul Husna mendail nombor itu. Pada mulanya Husna takut setelah itu dia berasa lebih berani kerana ingin mengetahui perkara sebenar. Lelaki itu berkata “Ulyatul Husna...biarlah dengan peluang ini saya berterus terang, sejak pandangan pertama lagi awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya langsung tidak boleh melupakan awak.” Suara itu langsung tak mahu berselindung sesuatu. Beristighfar panjang Ulyatul Husna mendengar kata-kata itu. Butang end ditekan tiba-tiba untuk mengakhiri perbualan itu. Susulan daripada itu, beberapa kali handsetnya berirama tetapi dibiarkan sahaja. Dia sedih kerana dirinya telah melalaikan hidup seorang lelaki. Syifa menjelaskan seterusnya “lelaki itu Muhammad Ammar Mukhlis namanya. Dia siswa tahun akhir jurusan Medic, jiran saya....dialah menyuruh saya selitkan nota-nota ni dalam buku awak.” Telefon bimbit Husna berirama lagi dia segera memilih profile senyap. “Tapi kenapa awak lakukannya?” protes Ulyatul Husna. Syifa menjawab, “Kerana cinta dan harapan.”