Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya, ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali pun. Setelah itu, bawa rumput yang paling cantik itu ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar : tadi sewaktu saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke hadapan lagi. Tapi sampai di penghujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya, maknanya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu, kita patut hargai orang yang telah kita ada sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana orang yang kita dah ada itulah yang sempurna dan terbaik buat kita, kita juga perlu ingat orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun banyak lagi yang cantik dan baik di luar
sana, seperti dalam pencarian rumput yang paling cantik tadi.