Sunday, 2 October 2011

Kenapa Manusia Hanya Ada Sekeping Hati?



Semua orang tahu Allah mengurniakan kepada kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi mengapa Allah hanya mengurniakan sekeping hati kepada kita?


Ini kerana Allah taala telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya CINTA... =)

Firman Allah s.w.t : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)



Dari apa yang difahami daripada Firman Allah s.w.t ,setiap kejadian mahupun sifat dimuka bumi ini Allah menciptakan berpasang pasangan.Ada hitam & putih,susah & senang,kaya & miskin,muda & tua,hidup & mati,syurga & neraka,malam & siang.Di dalam dunia tiada pun yang hidup tanpa pasangan..


Firman Allah .s.w.t : "Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

Saturday, 17 September 2011

Warkah Buat Akhi


Cintailah DIA sebelum dia.....
cinta itu adalah hadiah dr ALLAH...
namun jangan mencintai hadiah melebihi pemberi hadiah.....


ya akhi....
apa khabar dirimu hari ini???
moga dirimu tidak jemu mengukirkan senyuman....

ya akhi.....
apa khabar dengan imanmu hari ini???
aku doakan supaya ianya terus meningkat dari hari ke hari....

ya akhi....
sesungguhnya aku tidak mengenalmu....
dan tidak tahu bagaimana dengan rupa parasmu....
namun kadang-kadang aku berasa rindu akan dirimu.....
ya akhi... tiada permintaan khusus yg aku letakkan bagi dirimu.....
kerana aku tahu aku tidak layak meletakkan sebarang syarat.....
aku hanya Redha dengan kehadiranmu untuk mewarnai dan mengisi bahagian-bahagian yg lompong dalam hidupku...

ya akhi....
inginku ingatkan disini....
aku akan mencintaimu selagimana engkau mencintai tuhanmu.....
jika cintamu terhadap tuhanmu sudah tiada,,,,
maka tiadalah juga cintaku pada dirimu...

ya akhi.......
bimbinglah diriku....
agar dpt bersama-sama melangkah ke Jannah...
jaga iman...
jaga diri..
jaga akhlak mu....

ya akhi.....
inginku sampaikan isi hatiku.......
daku benci melihat lelaki-lelaki yang senang melayan wanita....
yang bertukar ganti teman wanita.....

ya akhi...
jika akhi ingin diriku memelihara hatiku...
sudah aku lakukan kerana setakat ini....
tiada siapa yg dapat mengetuk naluri hatiku...

ya akhi...
aku ingin akhi memelihara pandangan....
kerana aku tahu kehendak dirimu.....
aku juga ingin akhi menjaga bahagian hatimu untuk ku isi..
aku tidak mahu mendapat hati yang tercemar....

ya akhi...
cintailah DIA sebelum akhi mencintai diriku...
aku ingin akhi mencintaiNya melebihi segalanya...
dan aku berdoa dengan kehadiranku akan menambahkan lagi cinta akhi terhadap ALLAH...

ya akhi...
aku akan lebih mencintaimu jika engkau lebih mencintai Tuhanmu....
jaga iman ya akhi...
jaga pandangan dan hatimu...
biar nanti kita bercinta setelah diijab qabul....
agar lebih manis untuk dijalani...
dan diredhai ALLAH.... Insya ALLAH....

Tuesday, 9 August 2011

Kritikan Membina Vs Kutukan


Kritikan membina
sama sekali berbeza dengan kutukan. Sebab kritikan membina itu kata-katanya disulam peringatan, nasihat berguna untuk penambahbaikan di masa akan datang. Saya percaya, jika benar cara nasihatnya, pasti akan ada yang tertawan dan menerimanya dengan hati terbuka.

Faedahnya cukup besar, di samping beroleh pahala, kita juga mampu memperteguhkan kembali renggangan tali silaturahim. Malah dapat membina ummah yang berilmu dan berakhlaq mulia.

Tidak sukar, hanya bermodalkan ayat-ayat cinta berhikmah saja.

Pesan Rasulullah SAW lagi:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Mutafaq ‘alaih)

Berpandukan pada hadis di atas, Baginda SAW memberikan kita 2 solusi berguna untuk kita.

Pertamanya: Berkata baik. Sesiapa yang suka berkata tentang kebaikan, menyeru tentang kebenaran. Ayuh, teruskan usaha murni kalian. Mungkin di sebalik kata-kata baik itu, kita beroleh pahala yang tak dijangkakan.

Keduanya: Diam, Diam lebih baik bagimu.


Kutukan
kutukan ini sebenarnya lebih bersifat kepada menjahanamkan perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, si pengutuk menggunakan senjata kutukan ini demi untuk memuaskan nafsu dan keegoaan sendiri. Bahkan dia akan berbangga sekiranya kutukannya itu menyebabkan hati musuhnya terguris dan terasa.

Itulah sebenarnya kepuasan si pengutuk. Kalau mahu fikirkan faedah, tiada langsung faedah yang diperolehi. Malah beroleh dosa percuma pula. Maka akan wujud perpecahan ketara hingga berlarutan kepada isu-isu lain. Ia tak akan terhenti, sebab dendam kesumat sentiasa menjadi keutamaan.

Saat itu, syaitan lekas memainkan peranannya untuk terus mencucuk hati pengutuk supaya jangan ada sehari tanpa mengutuk orang. Kalau boleh kutuk mengutuk ini menjadi hobi sebati hingga akhir hayat.

Melalui ‘Aisyah r.a, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: “Apakah kalian mengetahui riba yang paling besar di sisi Allah?

Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Rasulullah melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya riba yang paling besar di sisi Allah adalah menghalalkan kehormatan seorang muslim untuk dicemari. Kemudian Rasulullah membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.’ (al-Ahzab: 58)” (Hadis riwayat Abu Ya’la, al-Mundziri dan al-Haitsami berkata periwayatan hadis ini sohih)

Dan juga hadis yang berbunyi:

Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata kotor dan perbuatan keji…” (Mutafaq alaih)

Sebagai kesimpulannya, jika anda menggunakan kritikan yang membina maka orang mudah untuk menerimanya, bukanlah dengan menggunakan kutukan, tidak kiralah kita telah memperolehi tahap pendidikan yang tinggi seperti diploma/degree/master phd atau apapun kita perlulah menghormati setiap insan supaya diri kita juga dihormati oleh insan yang lain, tidak perlu berbangga dengan apa yang kita ada(pengetahuan yang lebih tinggi dari insan tersebut) kerana semua itu pinjaman oleh Allah semata. Renunglah sejenak diri kita, tidak semua orang yang sempurna..

Bonda

Tatkala semua insan sedang dibuai mimpi,
Kau kusyuk di hening malam dalam tahajjudmu,
Menunuduk dalam keikhlasan,
Menghiasi malammu yang sepi,
Tiada beban yang melingkari dirimu,
Semua kau luruhkan untuk anakmu.

Ku tahu bonda,
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku,
Dalam setiap doa yang kau panjatkan,
Senyumanmu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
Yang keluar dari lisanmu,
Mata hatimu selalu terjaga dalam diri anakmu,

Aku masih ingat bonda,
Kau selalu berkorban apa sahaja untukku,
Membiarkan kegembiraanmu untukku,
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini,
Kaulah yang telah mendidik emosi ini,
Kaulah segalanya bagi ku bonda.

Bonda,
Andai aku mampu,
Akan ku balas segenap cinta dan kasihmu,
Akan ku persembahkan secerah kilauanmu,
Sehangat dakapanmu,
Setulus kasihmu,
Sebijak nasihatmu,
Demi untukmu, bonda ku tersayang.

Monday, 1 August 2011

Sembilan Mimpi yg Mendatangi Rasulullah S.A.W


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Thursday, 28 July 2011

Nilai Seorang Teman


Teman..
sukar bagiku untuk meluahkan
apa yang ku pendam selama ini,
ku harap ianya tidak membebani,
nilai lah ianya dengan kesucian hati,

Teman..
hari-hari yang mendatang,
begitu sukar untuk ku hitung,
menilai sikapmu,
melihat telatahmu,
memang aku tidak pernah hiraukan perihal teman-temanku,
senyuman sahaja yang dapat ku lontarkan,
tetapi itu hanya luaran..
dalaman cuma Allah saja yang tahu,
aku sedar temanku sedang hanyut,
hanyut dibawa arus persahabatan.

Teman..
termenung aku sejenak,
lalu terlintas difikiran,
adakah semua perbuatanmu itu, sifat sebenarmu?
atau kau sengaja melakukannya,
aku tidak suka sikap berpura-pura,
aku tidak suka sikap mementingkan diri,
aku tidak suka sikap hanya mahu kesenangan,
aku cuba memahamimu teman,
mungkin kau mengalami satu peralihan usia,
aku sabar melayani kerenahmu,
aku terlalu menjaga hati teman-temanku,
sehinggakan hati dan perasaan ku terluka..

Teman…
kita terlalu leka,
dengan dunia khayalan ciptaan kita,
jangan memberi alasan kita yang terbaik,
kita tidak mampu lakukan apa saja
yang melebihi batasan…
kita manusia biasa hanya menumpang,
di bumi CiptaanNya..

Teman…
keegoan bukan lambang kemegahan,
keegoan satu lambang kebencian,
mengapa tanamkan sifat itu?
suatu hari kita akan tunduk dengan keegoan..

Teman,
bersyukur dengan apa yang kau miliki,
agar kau tidak kehilangan sesuatu yang disayangi,
tanamkan sifat merendah diri,
dan kesederhanaan,
agar hidup ditemani ketenangan.

Teman..
aku tidak mampu menggariskan jalan hidupmu..
ingatlah wahai teman,
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seseorang itu, begitulah juga dia harapkan,
sesekali jadilah teman yg mendengar dari yang hanya bercerita,
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan teman,
kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang teman..
kita selalu melihat dia tersenyum,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Teman..
di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…
di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
kita tidak tahu…
tetapi, jika kita cuba jadi teman sepertinya,
mungkin kita akan tahu..
 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner