Wednesday, 25 April 2012

~~ La Tahzan ~~

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah) 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

# Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati) 
Orang kata, semakin banyak kau beriman.. "Kau akn diuji terus bertubi-tubi.." 
Orang kata, semakin banyak kau berbuat baik.. "Kau akn terus berdepan dengan masalah.." 
Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang.. Sebab itu.. ia terus " Diuji supaya menjadi baik.."

" la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!"


 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner