Thursday, 1 March 2012

Golongan Pengumpat


Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:
1)Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
2)Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
3)Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
4)Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
5)Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
6)Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sunday, 12 February 2012

Setiap Kesulitan InsyaAllah ada Kemudahan


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Monday, 6 February 2012

Cinta Abadi-1433H


Di kala manusia dibuai mimpi indah

Dirimu rebah bersujud alas sejadah

Di kala manusia bersuka ria

Dirimu istiqamah kepada yg Esa

Di kala manusia mementingkan diri dan takhta

Dirimu menganjur jemaah dan menderma

Di kala manusia kekenyangan dan alpa

Dirimu sanggup berlapar dan taat kepadaNya

Perjuanganmu tiada henti

Pahit getirmu menjadi saksi

Pengorbananmu sentiasa direstui

Penyampaianmu sentiasa dikagumi

Tutur katamu tiada illusi

Bahkan panduan kepada Muslim sejati

Dari Mekah ke kota Madinah

Membawa kata kalimah Syahadah

Tempat bermula Islam menjajah

Panduan utama al-Quran dan as-Sunnah

Siddiq,amanah,tabligh,fathonah

Sifat baginda Muhammad Rasulullah....

Thursday, 2 February 2012

Cerminan Perwatakan


Apabila dia bersendiri terasa sunyi,
tatkala berkunjung teman,
Allahu..
perbuatan yang tidak pernah dilihat seakan lebih terserlah,
yang tidak pernah dilakukan terus terlahir,
yang tidak pernah dihulur tiba-tiba diberi,
tidak pernah bertegur sapa terus ramah,
seakan-akan akrab,
fikiran ku ligat memikirkan sesuatu,
namun aku hanya boleh melihat serta mentafsir gelagatnya,
benarkah segala perbuatan kebaikannya itu ikhlas,
atau hanya cuma ingin orang melihatnya baik,
Allah sahaja yang tahu keikhlasannya.
"Allah menguji seseorang mengikut keupayaannya" BENAR!
aku perlu terus tabah dengan segala ujian..
lebih baik berdiam..

Jodoh itu Rahsia Allah S.W.T

Sahabat...

ツ SEKUAT mana kita setia...

ツ SEHEBAT mana kita merancang...

ツ SELAMA mana kita menunggu...

ツ SEKERAS mana kita bersabar...

ツ SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...

•.♥• Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap tidak akan bersama dengannya •.♥•

•.♥• tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar
dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya •.♥•

Sahabat,
sekiranya secara tiba2 seseorg mengajukan soalan,dh ada bf/gf,dah bertunang/dah berpunya?
perlukah kita menjawab ya?,
sedangkan pd ketika itu kita tidak tahu siapa sebenarnya jodoh kita,
tidak kah kita akan berasa malu jika bukan lah si dia yg sebenarnya jodoh kita,

Sahabat..
Jagalah hatimu,
jgn cemarinya dgn org yg blm tntu menjadi hak mu,
alangkah baiknya jika kita memberikan hti kita hnya utk "si dia" yg bnr2 jodoh kita,

Fahamilah sahabat,
‎"Sekalipun seseorg tlh melamar dirimu tetapi jika tidak tertulis di Lauh Mahfuz maka dirimu juga tidak akan menjadi milik dirinya",

Ayuh sahabat..
kita berikan hati kita untuk ALLAH,
pasti ALLAH temukan pada pemilik yg terbaik,
Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,bkn "si dia",
pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaik-baiknya.



Sunday, 29 January 2012

Makna Surah al-Fatihah

Memudahkan kita untuk memahami makna surah al-Fatihah,ianya terselit doa yang sungguh bererti..juga boleh mengukir rasa keinsafan serta terbitnya perasaan hiba..Hayatilah..

Saturday, 14 January 2012

"Kelaparan"



Lirikan mata kekeringan
terlihat sajian memanggil-manggil pinta di belai
di usap-usap perut yang berkeriuk
bibir mengetap kekeringan merekah minta dibasahkan
lidah menggulung liur ke kerongkong seteguk-seteguk bersilih ganti
hanya pandangan sepi yang ditatapi
terdiam lalu menahan diri,

andainya aku bisa bertahan
andainya aku bisa berlapar
hasil yang berlipatganda menanti di hujung hari
andainya aku bertahan kini
memujuk sang hati dan perut yang nakal memberontak
pasti jiwa ku terisi nanti dengan penuh kenikmatan
yang tiada habisnya ku dapati,

tidakkah kita ini bertuah
dengan hanya diuji sedikit keperitan kelaparan
yang ianya hanyalah seketika
namun setelah perut diisi
terlantar derita menagih kekenyangan
berpesta dengan nikmat yang tersedia
kau baziri rezeki yang melimpah ruah
hingga terlupa mereka yang tiada siang dan malamnya
erti kekenyangan dalam sekelumit tika..

Doa Menahan Lapar dan Dahaga


Maksudnya:
Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dia lah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.
 

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته © 2008. Design By: SkinCorner