Thursday, 1 March 2012
Golongan Pengumpat
Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:
1)Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
2)Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
3)Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
4)Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
5)Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
6)Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Lakaran Hati
`Aliah
Labels:
Penghayatan
Subscribe to:
Posts (Atom)